Isham tuntut penubuhan tribunal selepas Anwar bersihkan nama Nazlan

Isham tuntut penubuhan tribunal selepas Anwar bersihkan nama Nazlan

Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menuntut, penubuhan sebuah tribunal kehakiman bagi menyiasat dan mengambil tindakan berkaitan salah laku hakim, Datuk Seri Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mengikut Artikel 125, Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil, berkata kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melihat semula fakta membabitkan Mohd Nazlan, demi memberi keadilan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



“Bagi tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan, saya menyarankan supaya kerajaan pimpinan Perdana Menteri supaya melihat semula tentang pembabitan Mohd Nazlan (yang kini Hakim Mahkamah Rayuan) dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd (SRC International) pada 2010.

“Bagaimana fakta ini menyebabkan ketidakadilan ke atas Najib dalam penghakiman ke atasnya,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Anwar dilaporkan memaklumkan di Dewan Negara, bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohd Nazlan, tidak menemukan sebarang bukti berlaku kesalahan jenayah.

Perdana Menteri berkata, SPRM sudah menyiasat secara menyeluruh perkara itu dan mendapati tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan hakim terbabit dan dapatan siasatan itu juga dipersetujui Jabatan Peguam Negara (AGC).



Mohd Nazlan adalah hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendengar perbicaraan Najib ketika berdepan pertuduhan jenayah membabitkan syarikat SRC International.

Penyokong Najib mendakwa hakim berkenaan terbabit dalam konflik kepentingan ketika mendengar perbicaraan itu serta melanggar kod etika.

Isham yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO, mendakwa sebelum ini Mohd Nazlan tidak pernah mendedahkan beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank di antara 2006 hingga 2015.

“Beliau juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terbabit dalam penubuhan SRC International pada 2010, sedangkan Maybank mempunyai peranan dalam penubuhannya itu.



“Ini memberi asas kepada mana-mana pihak yang rasional, bahawa Mohd Nazlan tidak dapat memberi kehakiman dengan minda yang objektif dan terbuka kerana pembabitannya dengan Maybank yang terbabit dengan penubuhan SRC International,” dakwanya.

Isham berkata, Maybank juga pernah menasihatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menubuhkan SRC International sebagai sebuah syarikat khusus bagi tujuan perolehan aset strategik.

“Fakta berkenaan pembabitan Mohd Nazlan ini boleh menyebabkan penghakimannya terhadap Najib sebagai berat sebelah dan bias.

“Walaupun tindakan Mohd Nazlan yang tidak menyatakan pembabitannya dengan Maybank ini mungkin tidak sampai ke tahap jenayah, namun besar kemungkinan melanggar etika hakim dan asas kuat untuk kes SRC International dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias supaya keadilan dapat ditegakkan untuk semua,” katanya. BH



Isham tuntut penubuhan tribunal selepas Anwar bersihkan nama Nazlan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sedang teliti siasat OPCOM, Mahathir mohon ‘jangan melompat



Ustaz Derry bangkit bela Ebit Liew, kisah Mondy benar buka lakonan

Sharifah Sakinah beri amaran terakhir kepada netizen



Puteri Sarah dedah perbualan bersama ibu mentua

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker