Komander Abu Sayyaf antara tiga ditembak mati

Komander Abu Sayyaf antara tiga ditembak mati

Polis Filipina menembak mati tiga tahanan militan Islam yang dikaitkan dengan kumpulan Daesh, selepas berlaku kejadian amuk di fasiliti tahanan ibu pejabat polis negara itu, hari ini.

Dalam insiden itu seorang pegawai polis ditikam dan bekas senator pembangkang dijadikan tebusan, dalam cubaan kumpulan berkenaan untuk melarikan diri.



Ketua Polisnya, Jeneral Rodolfo Azurin Jr berkata, bekas senator, Leila de Lima tidak cedera namun dihantar ke hospital untuk pemeriksaan susulan.

Kejadian berlaku selepas subuh, ketika pegawai sedang menghantar sarapan di kawasan terbuka, lokasi tahanan dibenar melakukan senaman di luar.

Pegawai di menara pengawal melihat kejadian dan melepaskan tembakan amaran, sebelum kemudiannya menembak mati dua tahanan termasuk komander Abu Sayyaf, Idang Susukan.

Azurin berkata, tahanan ketiga berlari ke sel Lima dan sempat menjadikan wanita itu sebagai tebusan, sebelum ditembak mati polis.



“Dia (Lima) selamat. Kami dapat menyelesaikan insiden di dalam pusat tahanan itu dengan cepat,” katanya kepada pemberita.

Susukan yang dipersalahkan atas berpuluh-puluh pembunuhan dan memenggal kepala tebusan termasuk pelancong asing selain serangan pengganas lain, ditahan dua tahun lalu di selatan bandar Davao.

Dua lagi tahanan, Arnel Cabintoy dan Feliciano Sulayao Jr pula disyaki anggota Dawlah Islamiyah, kumpulan militan yang dikaitkan dengan pengeboman dan serangan maut di selatan negara itu.

Mereka ditahan pada 2019 di bandar Quezon dan tidak boleh diikat jamin bersama Susukan, kata polis. HM



Komander Abu Sayyaf antara tiga ditembak mati


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker