Saya memang seksi – Shatirah Amanda

Saya memang seksi – Shatirah Amanda

Pelakon baharu, Shatirah Amanda,23, mengakui selesa dengan imej seksi yang digayakan kerana enggan bersikap hipokrit.

Menurut Amanda, dia tidak mengambil pusing akan kata-kata orang terutama mulut-mulut jahat netizen yang suka mencari kesalahan orang lain.



“Saya cuma menjadi diri sendiri dan saya selesa menggayakan apa sahaja imej yang dirasakan sesuai dan disukai. Bagi saya seksi itu subjektif.

“Pandangan orang juga berbeza-beza. Mungkin bagi saya biasa sahaja, namun seksi untuk segelintir orang. Nak kata saya berpakaian mencolok mata, tidak pula sebab saya masih menjaga batas dalam berpakaian dan tidak keterlaluan,”katanya.

Amanda berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Tayangan Perdana Filem Mar Rak arahan Datuk TS Jeffry di ibu negara, semalam.

Selain itu, Amanda tidak menolak, penampilannya seksi menyebabkan dia sering menerima pelbagai komen lucah serta dijadikan sebagai modal untuk segelintir lelaki berimaginasi kotor.



“Saya tak boleh mengawal mulut orang sebab media sosial ini terbuka dan sesiapa sahaja boleh melontarkan komen. Terpulang apa mereka nak cakap asalkan saya suka apa yang suka dan tak kacau orang.

“Apa yang orang nak cakap dipersilakan. Apa yang penting saya tak hipokrit. Saya akui memang saya baca komen-komen itu namun tak layan.

“Sebenarnya, kalau nak cakao begitu, orang yang berpakaian tutup aurat pun akan ada individu yang berfikiran kotor seperti nak tahu bentuk tubuh seseorang wanita itu.

“Jadi saya nak cakap di sini, nak tutup mulut orang atau apa yang orang fikir tak mudah. Saya nak bersuara pun siapalah saya. Kita buat saja apa yang kita suka dan selesa bagi diri sendiri. Tak perlu tahu orang fikir apa,”katanya.



Dalam pada itu, Amanda yang membawakan watak Rashidah dalam filem Mar Rak mengakui teruja apabila terbabit dalam filem pertamanya ini.

Kata Amanda, dia juga tidak sabar menanti respons penonton sebaik filem ini mula ditayangkan pada 2 November ini.

Selain Amanda, Mar Rak turut dibintangi oleh Kael, Nina KSC dan Dyvianna James. Utusan

Saya memang seksi – Shatirah Amanda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker