Rakyat Malaysia kumpul sumbangan dalam talian bantu mangsa banjir Sabah
Rakyat Malaysia kumpul sumbangan dalam talian bantu mangsa banjir Sabah

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia bersatu membantu penduduk Sabah yang dilanda banjir, dengan badan kemanusiaan, pertubuhan agama dan individu menggerakkan kempen di media sosial untuk kumpul sumbangan.
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah mengetuai misi kemanusiaan dengan meminta sumbangan dalam pelbagai bentuk, termasuk beras, makanan dalam tin, susu formula bayi, selimut, bank kuasa dan penghalau nyamuk.
“Kami mengalu-alukan semua bentuk bantuan bagi menyokong mereka yang memerlukan,” kata cawangan itu menerusi hantaran di Facebook.

Sementara itu, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Sabah turut melancarkan kempen kutipan sumbangan, dengan keutamaan diberikan kepada barangan seperti tilam, bantal, makanan kering dan peralatan pembersihan, selain menerima sumbangan wang tunai.
Gereja di Kota Kinabalu turut mengeluarkan rayuan segera bagi mendapatkan sokongan kewangan untuk meringankan beban keluarga terjejas, khususnya 43 keluarga yang kini ditempatkan di Balai Raya Madsiang, Tadika Kemas Poginoun dan Dewan Paroki Inobong.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Dalam pada itu, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) turut melancarkan kempen sumbangan kilat untuk mangsa banjir Sabah, menyeru solidariti terhadap mereka yang teruk terjejas akibat bencana tersebut.

Individu juga menggunakan media sosial bagi mengumpul bekalan kecemasan atau dana, sama ada untuk membeli keperluan asas ataupun menghantarnya terus kepada keluarga yang rumah mereka rosak.
Malah, warganet dari luar Sabah turut memperluas capaian kempen derma oleh rakyat negeri itu, membantu mempercepatkan penyaluran bantuan.
Rakyat Malaysia kumpul sumbangan dalam talian bantu mangsa banjir Sabah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
You must be logged in to post a comment.