Desak kahwin cepat, pemuda bakar teman wanita

Seorang pemuda berusia 22 tahun ditahan di Tirupur kelmarin kerana membakar teman wanita hidup-hidup petang Rabu lalu selepas wanita itu meminta mereka berkahwin, lapor portal berita Times of India semalam.

Polis Palladam mengenal pasti tertuduh sebagai G Lokesh dari Rayarpalayam dengan seorang pegawai penyiasat berkata, suspek bercinta dengan remaja itu, Pooja, 19 iaitu seorang penduduk di Tirupur selama lebih setahun.

Menurut pegawai itu, Pooja kehilangan ibu bapanya ketika berumur tujuh tahun. Mereka tinggal di Mumbai namun selepas kematian ibu bapanya, dia berpindah ke rumah bapa saudaranya di Palladam.



Pegawai berkenaan berkata, dia telah bekerja dengan sebuah syarikat di mana dia berkawan dengan Lokesh tetapi hubungan mereka tidak berjalan lancar sejak beberapa bulan lalu kerana perbezaan pendapat.

“Wanita muda itu sering menghubungi Lokesh melalui telefon dan memintanya untuk mengahwininya. Pada Rabu sekitar pukul 3.45 petang (waktu tempatan), Pooja menelefon Lokesh dan memintanya untuk bertemu dengannya di Appan Kadu, sebuah tempat terpencil di Jalan Palladam-Pethapalayam untuk menyelesaikan isu tersebut,” katanya.

Pasangan itu, kata pegawai sama, bertemu di Appan Kadu dan perbualan mesra mereka berakhir dengan pertengkaran besar.

“Dalam keadaan marah, Lokesh memukul mangsa dengan tali pinggang dan batu. Apabila Pooja jatuh pengsan, suspek mencurahkan minyak petrol yang dia bawa di dalam botol lalu membakar mangsa,” tambahnya.



Apabila penduduk tempatan menyedari kebakaran itu, mereka bergegas ke tempat kejadian dan memadamkan api. Mereka menghantar Pooja ke hospital kerajaan di Palladam, di mana doktor memberikan pertolongan cemas dan merujuknya ke Kolej Perubatan dan Hospital Coimbatore (CMCH) sebelum dia meninggal dunia.

“Kami mendaftarkan kes terhadap Lokesh di bawah Seksyen 302 (pembunuhan) Kanun Keseksaan India dan menahannya,” tambah pegawai berkenaan. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar



Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker