Kerajaan Mahathir, Muhyiddin dan Ismail gagal selesaikan masalah IPIC

IPIC telah bersetuju membayar balik US$1.8 bilion

Oleh Norzahira

RAKYAT melihat kegagalan kerajaan Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri menyelesaikan masalah melibatkan dua firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS) serta 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dengan persetujuan IPIC untuk membayar balik US$1.8 bilion, terbukti bahawa perjanjian penyelesaian dengan IPIC patut diteruskan dan diselesaikan dengan cara baik ketika itu dan bukannya dibatalkan untuk disaman di mahkamah London pada tahun 2018.



Namun semuanya sudah terlambat. Jumlah RM134.5 bilion telah dilabur UAE ke Indonesia tetapi tiada satu sen pun dilabur oleh UAE ke Malaysia sejak PRU14 akibat hubungan yang telah rosak antara Malaysia dan UAE ekoran kebodohan dan kesombongan Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri. Tiga orang Perdana Menteri ini gagal.

IPIC dan Aabar PJS bersetuju membayar AS$1.8 bilion kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1MDB.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan penyelesaian itu dicapai dalam prosiding undang-undang yang berlangsung di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London dan Mahkamah Tinggi London.

Pada 27 November 2019, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataannya, memaklumkan 1MDB dan MKD berjaya dalam rayuannya mengetepikan Award Persetujuan terhadap IPIC dan Aabar PJS di Mahkamah Rayuan London.



Dalam kenyataan itu, Jabatan Peguam Negara memaklumkan, Mahkamah Rayuan itu sudah meminda keputusan Mahkamah Tinggi England yang menghentikan permohonan 1MDB dan MKD untuk mengetepikan Award Persetujuan yang dikemukakan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap entiti Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu, sementara menunggu prosiding timbang tara yang dimulakan oleh IPIC dan Aabar PJS di London.

Menurut kenyataan dikeluarkan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, ketika itu, jika Malaysia berjaya, negara akan, sebagai tambahan kepada hak-hak lain, dapat meneruskan usaha mendapatkan US$3.5 bilion yang dibayar oleh dana 1MDB kepada syarikat subsidiari IPIC.

Namun kesan sebenar atas kebodohan dan kesombongan Mahathir, Muhyiddin dan Ismail Sabri ini, sejumlah RM134.5 bilion telah dilabur UAE ke Indonesia tetapi tiada satu sen pun dilabur oleh UAE ke Malaysia sejak PRU14.

IPIC telah bersetuju membayar balik US$1.8 bilion sebagaimana yang diberitahu oleh Najib, terbukti bahawa perjanjian penyelesaian dengan IPIC patut diteruskan dan diselesaikan dengan cara baik ketika itu dan bukannya dibatalkan untuk disaman di mahkamah London pada tahun 2018.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker