Auku diguna larang kamu ke kampus, kesatuan pelajar ingatkan Anwar

Auku diguna larang kamu ke kampus, kesatuan pelajar ingatkan Anwar

Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) menuntut perdana menteri memansuhkan undang-undang yang pernah digunakan terhadap pelajar kerana menjemput Anwar Ibrahim ke kampus yang ketika itu menjadi ketua pembangkang.

Presidennya, Ooi Guo Shen, berkata Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 mengekang pelajar.



Katanya, Auku secara langsung bertanggungjawab menyebabkan penggantungan enam pelajar dan denda terhadap dua lain, pada 2014, selepas mereka menjemput Anwar berucap di kampus tanpa kelulusan pihak universiti.

Pelajar berkenaan, dikenali “UM8”, disiasat dan dituduh mengikut Peraturan-Peraturan Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2019.

Ooi mendakwa peraturan yang dinyatakan universiti dalam mengambil tindakan terhadap pelajar berkenaan telah “diberi kuasa” oleh Auku.

“Dengan Auku, pelajar tidak mempunyai hak untuk bercakap dengan bebas,” katanya kepada FMT. “Sekiranya anda mahu inisiatif bermakna buat pelajar, anda kena perkasakan mereka.”



Dengan pemansuhan Auku, beliau berkata, kerajaan mengiktiraf pelajar terbabit sebagai mangsa dan akhirnya keadilan ditegakkan.

Minggu lalu, Menteri Pendidikan Tinggi, Khaled Nordin, berkata pihaknya tidak bercadang memansuhkan Auku kerana akta itu masih relevan, terutama melibatkan hal pentadbiran universiti.

Khaled berkata, proses memansuhkan akta berkenaan mengganggu pentadbiran universiti awam dan memerlukan penelitian kerana membabitkan undang-undang lain. Bagaimanapun, beliau berkata, pihak kementerian terbuka dengan cadangan menambah baik akta sedia ada.

Ketua Pemuda DAP, Dr Kelvin Yii, berkata Auku perlu disemak semula demi memperkasa pelajar universiti.



Yii, yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, berkata Auku menghalang autonomi pelajar dalam keadaan tertentu, dan keperluan kononnya untuk “mengawal” mereka disifatkan “sudah ketinggalan zaman”.

“Pihak universiti sepatutnya memperkasa orang muda. Universiti adalah tempat untuk belajar, itulah sebabnya undang-undang mengawal selia pelajar termasuk universiti perlu mencerminkan semangat itu, serta memperkasa mereka,” katanya. FMT

Auku diguna larang kamu ke kampus, kesatuan pelajar ingatkan Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya tak peduli kalau dia hamil – Puteri Sarah

Janda dibunuh, dicincang oleh skandal



Punca nafsu seks wanita berkurangan (Bahagian 2)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker