Lari dari tahanan dalam rumah, ‘Fat Leonard’ diburu

Lari dari tahanan dalam rumah, ‘Fat Leonard’ diburu

Seorang bekas ahli perniagaan Malaysia yang disabitkan bersalah dalam salah satu skim rasuah terbesar Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), melarikan diri dari tahanan dalam rumah.

CBS8 memetik marsyal AS sebagai berkata, ‘Fat Leonard’, atau nama sebenarnya Leonard Glenn Francis, yang berasal dari Pulau Pinang itu didapati memotong gelang pemantauan GPS dipakainya pagi semalam.



Polis San Diego diminta mengunjungi Francis di rumah, tetapi mereka mendapati dia tiada di sana.

Francis, yang mengendalikan syarikat kontrak tentera, Glenn Defense Marine Asia, dari Singapura ditahan di San Diego pada 2013 dalam sebuah operasi persekutuan.

Syarikatnya menyediakan perkhidmatan kepada kapal Tentera Laut AS yang berlabuh di pelabuhan dikawalnya di seluruh Asia Tenggara. Dia didapati bersalah merasuah pegawai Tentera Laut AS untuk mempergunakan pengaruh dan akses mereka kepada risikan ketenteraan, membolehkannya meraih jutaan dolar daripada kontrak tentera laut.

Dia mengaku bersalah pada 2015, termasuk menipu tentera laut sekurang-kurangnya USD35 juta dengan mengenakan bayaran berlebihan. Dia kemudiannya dipenjarakan.



Pada 2018, dia dibebaskan dari penjara untuk menjalani tahanan dalam rumah akibat beberapa masalah kesihatan, termasuk kanser buah pinggang. Dia berada di bawah pengawasan Pretrial Services, agensi persekutuan AS yang memantau defendan yang dibebaskan daripada tahanan sehingga dijatuhi hukuman.

Francis kemudian bekerjasama dengan pendakwa raya persekutuan yang terus membina kes terhadap beberapa individu lain dalam skim itu, termasuk pegawai tentera berpangkat tinggi.

Menurut laporan itu, tarikh hukumannya ditangguhkan selama bertahun-tahun kerana dia membantu pendakwa raya dan bersedia memberi keterangan dalam perbicaraan awal tahun ini terhadap lima bekas pegawai tentera laut.

Francis bagaimanapun tidak pernah dipanggil menjadi saksi, manakala empat pegawai itu disabitkan bersalah dan juri dalam kebuntuan atas tuduhan terhadap tertuduh kelima.



Seramai 29 individu lain, termasuk pegawai Tentera Laut AS, kontraktor pertahanan, Francis dan syarikatnya, mengaku bersalah.

Hukuman ke atas Francis dijangka diumumkan pada 22 Sept ini. FMT

Lari dari tahanan dalam rumah, ‘Fat Leonard’ diburu


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir



Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker