Amaran awal Covid-19 dalam salur pembetung – pakar

Amaran awal Covid-19 dalam salur pembetung – pakar

Ketika negara sedang bersedia untuk hidup dengan Covid-19 sebagai endemik, seorang ahli virologi berkata, wabak dapat dicegah pada masa hadapan dengan melihat kepada pembetung.

Ini kerana air kumbahan dapat menjadi tanda amaran awal mengenai cetusan jangkitan Covid-19 yang bakal berlaku di sesuatu kawasan, kata Kumitaa Theva Das daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Virus yang disingkirkan dengan mencuci tangan, membuang kahak dan najis, serta mandi, semuanya akan berakhir di saluran pembetungan, katanya. Bakteria dan patogen lain turut dapat dikesan dengan cara ini, tambahnya.



Menurut Kumitaa, kajian menunjukkan bahawa jumlah virus Covid-19 yang terdapat dalam air kumbahan mempunyai korelasi dengan jumlah jangkitan dalam populasi setempat, walaupun ia hanya satu jangkitan per 10,000 orang.

“Berdasarkan kajian yang diterbitkan, virus SARS-CoV-2 dijumpai dalam air kumbahan sebelum ia tersebar dalam populasi,” katanya.

Tambahnya, persampelan yang dilakukan di beberapa negara Eropah dapat meramalkan cetusan jangkitan sekurang-sekurangnya dua bulan lebih awal.

Beliau memetik kajian yang dilakukan di Amsterdam, di mana virus Covid-19 dijumpai dalam air kumbahan di sebuah kawasan tiga minggu sebelum kes pertama dilaporkan.



Begitu juga di Barcelona, di mana pihak berkuasa menjumpai virus Covid-19 dalam saluran pembetungan 41 hari sebelum kes pertama dilaporkan, manakala di Milan, 64 hari sebelumnya.

Kumitaa berkata, ujian ke atas air kumbahan membantu pengesanan kes, dengan air kumbahan yang menunjukkan jumlah virus Covid-19 yang tinggi di kawasan dengan jumlah jangkitan yang rendah dan kes tidak bergejala.

Tambahnya, pengujian air kumbahan boleh menjadi berguna di kawasan-kawasan di mana pengujian ke atas individu sukar dilakukan.

“Sebagai permulaan, pihak berkuasa boleh mengambil sampel air kumbahan dari kawasan titik panas dan lokasi berkepadatan tinggi, seperti pangsapuri dan flat.



“Virus dapat dikesan dalam tempoh beberapa jam selepas perkumuhan,” katanya.

“Oleh itu, pemantauan secara berkala menerusi air kumbahan boleh jadi bermanfaat untuk menjangkakan lonjakan jangkitan.” FMT

Amaran awal Covid-19 dalam salur pembetung – pakar


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker