Kenapa payah sangat Guan Eng mahu sahkan tarikh debat?

Kenapa payah sangat Guan Eng mahu sahkan tarikh debat?

Benda senang kenapa hendak rumitkan.

Itu tegas Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kepada Setiausaha DAP, Lim Guan Eng berhubung tarikh debat antara mereka yang sampai kini belum menjadi kenyataan.

“TV3 telah menghubungi setiausaha akhbar (SUA) saya. Tanpa banyak soal, saya terus beritahu beliau untuk memaklumkan kepada pihak TV3 yang saya okay dengan tarikh debat pada 2 November 2021 seperti yang dicadangkan oleh pihak TV3.

“Sebagai tanda hormat kepada penganjur, saya sendiri pernah menelefon penerbit TV3, Josephine Dass untuk mengesahkan kehadiran saya.

“Jawapan saya ini diberi kepada TV3 sebelum saya berlepas ke luar negara untuk lawatan kerja rasmi. Tak sampai satu minit pun saya membuat keputusan itu dan saya ikut saja rancangan asal penerbit TV3 tanpa banyak soal,” katanya dalam media sosialnya malam ini.

Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan itu juga menyerahkan format debat diuruskan penerbit TV3.

“Ketika saya mengadakan lawatan kerja ke UK (United Kingdom) mulai 14 Oktober 2021, Guan Eng dengan sebelah pihak mengumumkan tarikh debat pada 23 Oktober 2021.

“Beliau sendiri lupa dengan ayat yang pernah disebutnya iaitu “bila-bila masa”.

“Mungkin bagi Guan Eng, maksud “bila-bila masa” ialah hanya 23 Oktober 2021 yang beliau secara unilateral tetapkan,” ujarnya.

Semalam, menurut Ka Siong, penerbit TV3 sekali lagi menghubungi SUA beliau dan bertanya sama ada beliau masih berhajat untuk berdebat dengan Guan Eng.

“Saya minta SUA membalas mesej “Ya, saya masih menunggu pengesahan Guan Eng untuk berdebat sepertimana jadual asal yang dicadangkan oleh TV3

“Saya dimaklumkan oleh pihak TV3 bahawa Guan Eng belum memberi respon setakat hari ini dan sebab itu saya menasihati Guan Eng supaya angkat call TV3 dan jawab “ok”, maka habis cerita! Debat kita “on” Guan Eng kata “on”. Apa yang rumit sangat?” soalnya.

Beliau juga mempertikain kenapa Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang dilantik menjadi wakil Guan Eng mengesahkan untuk berdebat kepada TV3 pada tarikh 2 November ini.

“Lagi satu, kalau sudah dilantik sebagai ejen bagi pihak Guan Eng sejak 15 Oktober, kenapa tak terus hubungi TV3? Takkan sebagai bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Nie Ching tak ada nombor TV3?” soalnya. MG

Kenapa payah sangat Guan Eng mahu sahkan tarikh debat?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker