40 pusara pahlawan yang gugur di medan perang dijejaki sejak 2019

LUMUT – Sebanyak 19 pusara anggota tentera yang terkorban ketika bertempur dengan musuh khususnya ketika darurat dan konfrontasi dengan Indonesia berjaya dijejaki dan diberi penghormatan dalam tempoh 1 Januari hingga hari ini menerusi program Jejak Pusara Pahlawan (JPP).

Pusara yang terletak di seluruh negara itu kemudian dibina plat khas oleh Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) bagi memberitahu jasa yang disumbangkan oleh perajurit negara itu.

Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, JPP dilakukan bukan sahaja bagi mengenang jasa mereka tetapi untuk menyedarkan generasi muda bahawa keamanan dikecapi sekarang hasil pengorbanan dilakukan anggota tentera.

Menurutnya, ada penduduk tidak mengetahui di kawasan perkuburan mereka terdapat anggota berjasa disemadikan sehinggalah PVATM membina plat khas tersebut di sisi kubur arwah.

“Pada permulaan program JPP dilancarkan pada 2019, sebanyak lapan pusara dikesan dengan ada antaranya berada dalam keadaan menyedihkan, sebelum tertangguh dua tahun akibat pandemik Covid-19 dan diteruskan pada 2022 dengan mengesan 13 pusara.

“Untuk tahun ini, setakat hari ini, sebanyak 19 pusara dijejaki dengan sebahagian besarnya berada di Sarawak dan Sabah,” katanya pada sidang media pada program JPP di Kampung Panchor, Pantai Remis, dekat sini hari ini.

Menurutnya, sebahagian besar mereka terkorban ketika darurat kali kedua menentang pengganas komunis dari 1968 hingga 1989 serta ketika konfrontasi dengan Indonesia ekoran pembentukan Malaysia

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker