Kekejaman Zionis buka mata dunia

Kekejaman Zionis buka mata dunia

Serangan menggila dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap orang awam yang tidak bersalah di Gaza, Palestin membuka mata dunia mengenai wajah sebenar rejim tersebut.

Pensyarah Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Madya Dr. Mohd. Afandi Salleh berkata, masyarakat dunia juga dapat menyaksikan dan mengetahui sendiri fakta sebenar yang berlaku dalam serangan kali ini disebabkan pelbagai platform media sosial yang digunakan secara meluas.



Menurutnya, berbanding berpuluh tahun lalu, masyarakat dunia hanya digosokkan dengan berita-berita berat sebelah yang dikawal oleh media pro Israel.

“Namun, kali ini, dunia sudah tahu kebenaran, sejarah konflik terlalu panjang Palestin dan Israel sehingga tercetusnya serangan yang sangat dahsyat kali ini.

“Kita dapat lihat betapa rejim Zionis Israel kini berdepan situasi kejatuhan moral yang sangat memalukan, kononnya antara negara yang mempunyai sistem pertahanan terkuat dan tercanggih, namun, tidak dapat menangkis serangan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu.

“Saya berharap masyarakat dunia akan terus mengambil tahu fakta sebenar yang adil untuk mereka faham situasi yang sedang berlaku di Gaza ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen UniSZA kali ke-15 di sini, hari ini.



Gaza bukanlah asing buat Mohd Afandi kerana beliau pernah berkunjung tiga kali ke wilayah itu untuk menjalankan misi kemanusiaan antara tahun 2012 dan 2013.

Kali terakhir misi kemanusiaan yang disertai Mohd Apandi yang juga aktivis Humanitarian Ca­re Malaysia (MyCare) ialah pada tahun 2018 melalui flotila, namun, gagal kerana kapal yang dinaikinya ditahan oleh tentera Israel dan dipenjara selama dua hari.

Mengulas lanjut, Mohd Afandi berkata, nilai moral rakyat Israel sudah terhakis dan terdapat krisis kepemimpinan terhadap Perdana Menteri mereka, Benjamin Netanyahu untuk meletak jawatan kerana gagal menjamin keselamatan rakyatnya.

“Sistem pertahanan udara yang mereka banggakan iaitu Iron Dome sudah tidak kebal kerana serangan roket kini sudah sampai ke Tel Aviv.



“Kebanyakan rakyat Israel mempunyai dua kerakyatan dan ramai antara mereka sudah lari meninggalkan Israel untuk pergi ke negara lain bagi mendapatkan perlindungan.

“Itu lah beza jiwa penjajah dan pemilik tanah sebenar iaitu rakyat Gaza yang kekal bertahan kerana mahu mempertahankan kedaulatan dan maruah tanah air mereka,” katanya. Utusan

Kekejaman Zionis buka mata dunia

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Famili Duo musim ketiga, Haqiem Rusli, Ariff Bahran menang lagi

Berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, Fazura dakwa ianya fitnah



5 selebriti Hollywood persetankan Zionis

Melampau betul tindakan Aliff Syukri ke atas Azwan Ali



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker