PAS ugut Bersatu jangan lagak ‘abang besar?

PAS ugut Bersatu jangan lagak ‘abang besar?

Bayangan PAS kembali menjadi kerajaan mungkin disuarakan untuk “mengugut” Bersatu supaya jangan berlagak “abang besar” dalam Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, berkata kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man pada Muktamar Pemuda minggu lalu menunjukkan PN diketuai Muhyiddin Yassin mempunyai masalah dalaman.



Dakwanya, ia mungkin bertitik-tolak susulan tindakan parti Islam itu melantik bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat di empat negeri ditadbir PAS atau “state-government 4” (SG4) bukannya Muhyiddin.

“Dakwaan Adun Kuala Perlis (Abu Bakar Hamzah) daripada Bersatu bahawa wujud pergolakan di Perlis sebenarnya pergolakan dalaman PN yang berkaitan perkongsian kuasa di negeri itu.

“Tuan Ibrahim juga menyindir Bersatu, dengan 18 kerusi Parlimen, PAS boleh duduk dalam kerajaan ini pula dengan 43 kerusi. Tanpa PAS, Bersatu tidak akan menang kerusi Parlimen mereka sekarang,” katanya kepada FMT.

Namun, Puad yang juga Adun Rengit berpendapat hasrat PAS menjadi kerajaan mungkin hanya “mimpi di siang hari” kerana tidak banyak jalan selain menyertai kerajaan perpaduan.



“Tidak ada cara lain kecuali cara ‘tebuk atap’. Itu pun jika GPS (Gabungan Parti Sarawak) secara ‘enbloc’ tinggalkan kerajaan perpaduan termasuk sekurang-kurangnya 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional/Pakatan Harapan sanggup meletak jawatan dan bertanding semula.

“Itu langkah bunuh diri,” katanya sambil menyatakan PAS takut kedudukannya sebagai pembangkang menyebabkan ia hilang pengaruh untuk mendapat sokongan bukan Melayu.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, berkata kenyataan Tuan Ibrahim mungkin untuk mengurangkan kerisauan penyokong dan Ahli Parlimen PN yang tertekan menjadi pembangkang tanpa kemudahan berbanding ketika menjadi kerajaan.

“Seperti contoh Kuala Kangsar (Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid) umum sokong Anwar Ibrahim untuk mendapatkan peruntukan, jadi dia (PAS) pun risau dan takut (sokongan wakil rakyat beralih kepada kerajaan) sebab itu buat kenyataan sedemikian,” kata Ahli Parlimen Kota Melaka itu. FMT



PAS ugut Bersatu jangan lagak ‘abang besar?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker