Covid-19: Jadi Kontak Rapat, Hishammuddin Tangguh ke China

Covid-19: Jadi Kontak Rapat, Hishammuddin Tangguh ke China

Covid-19: Jadi Kontak Rapat, Hishammuddin Tangguh ke China

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjalani kuarantin di rumah selepas menjadi kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

Hishammuddin melalui ciapan di Twitter hari ini berkata, dia telah diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri.



“Walaupun kedua-dua keputusan ujian saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) negatif, namun saya akan tetap jalani kuarantin wajib seperti diarahkan KKM.

“Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar akan menggantikan saya untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Khas Menteri-menteri Luar ASEAN-China di Chongqing, China esok,” katanya di sini.

Susulan itu juga katanya, lawatan kerja ke Mesir, Kuwait dan Qatar juga terpaksa ditangguhkan.



Terdahulu, Hishammuddin dijadualkan akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatan dari China, Wang Yi, pada Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN dan China, Isnin ini mengenai situasi di Laut China Selatan.

Kedua-dua pemimpin itu juga dijangka bertukar-tukar pandangan berhubung isu serantau dan antarabangsa. – K! ONLINE

Covid-19: Jadi Kontak Rapat, Hishammuddin Tangguh ke China


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tragedi Uttarakhand: Hishamuddin ucap takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan India



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker