Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB

Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Pengerusi berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Datuk Ahmad Nazlan Idris yang telah melepaskan jawatan pengerusi pada 20 Disember 2022.

Acryl Sani adalah bekas Ketua Polis Negara ke-13 bermula 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023.

Ketika ini, beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Dagang NeXchange Bhd.

Ketika berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliaul pernah memegang pelbagai jawatan seperti Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020) dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2017), selain pernah menjadi Ketua Polis Negeri Perak pada 2013 serta Pesuruhjaya Polis Sarawak (2011-2013).

Beliau memiliki Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin, berkata, Ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan warga kerja PUNB merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Acryl Sani dan mengalu-alukan kehadiran beliau di PUNB.

“Kami yakin dapat bekerjasama rapat dengan Tan Sri Acryl dan memanfaatkan pengalaman luas serta pandangan strategik beliau dalam pembangunan usahawan Bumiputera di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

PUNB diwujudkan untuk meningkatkan penyertaan dan pembabitan Bumiputera dalam bidang keusahawanan serta melahirkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera (MPPB) yang dinamik, berdaya tahan, progresif serta berjaya.

Ditubuhkan pada 17 Julai 1991 di bawah Akta Syarikat 1965, PUNB adalah syarikat milik penuh Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB).

PUNB beroperasi sebagai sebuah syarikat patuh Syariah sepenuhnya sejak 2010. Bermula Oktober 2018, PUNB diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. BH

Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker