Elak tindakan muflis, Menteri Pembangunan Wanita bayar hutang lebih RM1 juta

 

KUALA LUMPUR: Berdepan kemungkinan diisytiharkan bankrap, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun selesai melunaskan hutang lebih RM1 juta kepada syarikat penerbitan program televisyen dan filem yang berpangkalan di Paris.

Peguam Mark Ho Hing Kheong, yang mewakili Sarl Novovision berkata, jumlah tepat, yang enggan didedahkannya, telah dibayar minggu lalu.

“Kami menerima cek pada Rabu yang diluluskan keesokannya,” katanya ketika dihubungi FMT.

Pernyataan tuntutan terhadap Rina difailkan pada 8 November 2018 oleh firma Perancis itu dengan jumlah penuh perlu dibayar sebelum 31 Julai 2019.

Tuntutan itu melibatkan beberapa filem, rancangan komedi dan dokumenteri untuk tiga syarikat di mana Rina adalah pengarah.

Dokumen turut mengatakan kadar faedah 5% setahun dikenakan dari tarikh pernyataan tuntutan.

Perubahan Rina Harun : Asalnya Orang Kagum, Kemudian Netizen Naik Meluat dan Menyampah

Beliau diserahkan notis kebankrapan bagi hutang kepada syarikat itu berjumlah RM1,340,642.02 sehingga 17 Nov 2020.

Menurut latar belakang kes seperti dilaporkan sebuah portal berita, Rina antara pengarah syarikat yang kini tidak lagi berfungsi, Eurofine (M) Sdn Bhd, Fine Mobile Network Sdn Bhd dan Fine TV Network Sdn Bhd, membeli beberapa rancangan komedi serta dokumentari daripada syarikat itu.

Rina dan seorang lagi pengarah syarikat, Ida Rahayu Md Noor pada Mei 2014 memasuki perjanjian jaminan dengan Sarl Novovision bahawa mereka akan secara peribadi dan bersama bertanggungjawab bagi semua liabiliti syarikat.

Bagaimanapun, syarikat-syarikat itu ditutup pada Dis 2013 dan Ogos 2015.

Trending di Twitter, Adham Baba, Rina Harun Kini Bersaing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker