Malaysia, Australia perkasa hubungan dua hala

PUTRAJAYA: Malaysia dan Australia mahu terus memperkasakan hubungan dua hala seiring komitmen yang dijalinkan tahun lalu dengan mengesyorkan Pelan Tindakan kepada pemimpin kedua-dua negara untuk dipertimbangkan.

Dalam kenyataan bersama, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencapai persetujuan dengan Menteri Luar Australia, Marise Payne yang Pengerusi Bersama Mesyuarat Tahunan Menteri Luar Malaysia dan Australia kali ke 3 melalui sidang video, Jumaat lalu.

Katanya, Hishammuddin dan Marise meneliti semula kemajuan di bawah Deklarasi Bersama Strategik Perkongsian Australia-Malaysia 2015 seiring dengan hubungan diplomatik Malaysia-Australia yang menyambut ulang tahun ke-65, tahun ini.

“Pelbagai kemajuan kerjasama dalam pelbagai sektor dapat dilihat seperti dasar luar, institusi demokrasi, perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, pendidikan dan hubungan antara orang dengan orang.

“Dalam memperkukuhkan lagi hubungan itu, Hishammuddin dan Marise mahu memperluaskan kerjasama dalam bidang yang berpotensi tinggi seperti kesihatan awam, sains, teknologi dan inovasi, ekonomi digital, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pertanian, industri halal serta belia dan sukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, terdapat tiga bidang juga yang akan diberi tumpuan iaitu pasca Covid-19, pertahanan dan keselamatan dan memperkukuhkan jalinan serantau.

Katanya, kedua-dua menteri bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha untuk mengurangkan kesan akibat Covid-19 ke atas sektor kesihatan, sosial dan ekonomi.

“Mereka mahu terus berusaha bersama-sama untuk memperkukuhkan wilayah dan global susulan pasca-COVID-19 dengan lebih makmur, terbuka, dan stabil persekitaran.

“Selain itu, mereka juga menegaskan bahawa pentingnya untuk berkongsi kejayaan dan penyelidikan perubatan dalam mengukuhkan masyarakat kedua-dua negara,” katanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker