Tragedi masak ketupat, 31 hilang tempat tinggal, 12 kucing mati

Tragedi masak ketupat, 31 hilang tempat tinggal, 12 kucing mati

Seramai 31 ahli keluarga di Kampung Gajah Mati, Mersing, Johor, hilang tempat tinggal selepas dua kediaman musnah dalam kebakaran ketika sedang memasak ketupat palas untuk disedekahkan, semalam.

Kejadian pada 4.45 petang itu turut menyebabkan 12 kucing peliharaan mati.

Mangsa, Zawiyah Ripin, 54, berkata kejadian berpunca daripada tempat memasak di bengkel membuat ketupat palas yang terletak di bahagian tengah, antara dua rumah terbabit.

“Api marak dengan cepat sehingga menyebabkan rumah kami yang diperbuat daripada dinding separuh kayu dan batu musnah dalam masa kira-kira 10 minit. Ketika itu ahli keluarga sedang memasak ketupat palas.

“Saya sempat mencabut kepala gas dapur, namun api gagal dikawal dan terus merebak ke dinding kayu. Ekoran itu ahli keluarga lain yang sedang berehat lari menyelamatkan diri dan kenderaan apabila api semakin marak,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Katanya, lebih menyedihkan 12 kucing kesayangannya yang dikurung dalam sangkar tidak sempat diselamatkan.

Zawiyah ketika ini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang.

Mangsa yang juga pesakit kanser berkata, ketupat palas itu dibuat untuk disedekahkan kepada mereka yang tidak dapat pulang menyambut Hari Raya.

“Rumah ini dibina hasil bantuan Baitulmal sejak 2016 dan sebuah lagi milik ibu, Meriam Yakob, 85, yang juga ibu tunggal dan tidak boleh berjalan kerana uzur serta lemah jantung.

“Dianggarkan kerugian ditanggung termasuk mesin dan perkakas di bengkel dan kedua-dua rumah itu melebihi RM100,000,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, berkata keadaan menimpa keluarga terbabit turut mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui Yayasan Sultan Ibrahim yang akan mengurniakan sumbangan bagi membantu membaiki dan membina semula rumah mangsa kebakaran.

“Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) juga menghulurkan sumbangan bagi membantu proses pembinaan semula rumah. Mangsa akan ditempatkan sementara di rumah sewa,” katanya. FMT

Tragedi masak ketupat, 31 hilang tempat tinggal, 12 kucing mati


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker