Tetamu majlis kahwin asyik tonton persembahan dangdut jatuh longkang [VIDEO]

TANGKAP layar memaparkan senario beberapa wanita jatuh longkang di sebuah majlis perkahwinan. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan beberapa tetamu wanita di sebuah majlis perkahwinan terjatuh ke dalam longkang besar selepas lantai kayu tempat mereka duduk runtuh, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48.

Insiden berlaku ketika wanita-wanita itu asyik menonton persembahan nyanyian dangdut di atas pentas kayu.

Khemah yang menutupi pentas itu didirikan di atas longkang besar yang ditutup dengan lantai kayu.

Wanita-wanita itu menjerit setelah terjatuh sehingga menyebabkan tetamu lain yang hadir mengerumuni kawasan tersebut.

Beberapa wanita dilihat berada di dalam air dan pakaian mereka basah kuyup. Tetamu lain cuba menghulurkan tangan untuk mengeluarkan mereka.

Majlis perkahwinan itu bagaimanapun berjalan seperti biasa setelah kekecohan berlaku. Kejadian dikatakan berlaku di Cibereng, Jawa Barat.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Automatik gatal kena air sisa dapur, air mandi, air kencing dan sampah yang melekat pada baju,” kata seorang netizen.

“Sebelum ni majlis di atas kubur, sekarang di atas longkang. Esok di atas atap pula?” komen netizen lain. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Amell Pukul Mak Wan sebab diludah, Didie Alias Dedah Hal Sebenar

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Nak poligami, cari keturunan baik-baik – Puteri Sarah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker