Khairuddin dakwa diserang sebahagian pimpinan Umno

Khairuddin dakwa diserang sebahagian pimpinan Umno

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa bahawa dirinya difitnah oleh laman Facebook yang terdiri daripada mereka yang mesra dengan sebahagian pimpinan Umno yang berusaha menyerangnya.

Ia susulan isu Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang dikatakan mahu memajak tanahnya di bawah harga pasaran.



“Sebahagian pimpinan Umno pun sedang bersemangat turut menyerang.

“Namun ia tidak menghalang saya untuk terus memperkasakan Muafakat Nasional demi kepentingan ummah.

“Hubungan baik yang terjalin dengan pimpinan Umno juga tidak terjejas,” kata Khairuddin yang juga Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus.

Muafakat Nasional adalah perjanjian kerjasama politik antara Umno dan PAS.



Namun hubungan kedua-dua parti itu menjadi tegang setelah PAS bergabung dengan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Bersatu, parti serpihan Umno.

LGM sebelum ini mengesahkan bahawa ia telah menerima tawaran untuk penjualan atau pajakan ke atas dua bidang tanah yang terletak di Jalan Ampang di Kuala Lumpur berkenaan.

Namun, belum ada kesepakatan yang dicapai.

Menteri sebelum Khairuddin, Teresa Kok mempersoalkan tawaran itu, dan berkata bahawa dia telah mengenakan moratorium terhadap penjualan sebarang aset LGM sehingga agensi itu dapat memberi tumpuan kepada tujuan utamanya iaitu penyelidikan getah.



Dalam satu kenyataan LGM semalam, pihaknya berkata ia mengambil berat berhubung maklumat separa matang yang disebarkan, serta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang.

Untuk rekod, LGM dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Jerantut dari Umno Ahmad Nazlan Idris.

Dua ahli lembaga pengarahnya ialah ahli PAS – Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Muhammad Ismi Mat Taib.

LGM terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Mk



Khairuddin dakwa diserang sebahagian pimpinan Umno


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET     


Polis sahkan Khairuddin diperiksa di SJR Perasing



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker