M40 juga terjejas sepanjang PKP 3.0 perlukan bantuan – Perkesa

Sebaran :

M40 juga terjejas sepanjang PKP 3.0 perlukan bantuan – Perkesa

M40 juga terjejas sepanjang PKP 3.0 perlukan bantuan – Perkesa

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menambahbaik Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+) dengan melaksanakan beberapa inisiatif yang memfokuskan kepada golongan M40.

Persatuan Pemerkasaan Kitar Semula Malaysia (Perkesa) kesal kerana golongan ini tidak mendapat sebarang manfaat daripada pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meskipun mereka turut terjejas.



Pemerkasa+ lebih memfokuskan kepada golongan rentan dan yang terjejas seperti B40, perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana.

Sedangkan kumpulan B40 telah berdaftar di bawah pangkalan data untuk pelbagai inisiatif seperti BPR, PSU, GKP dan ini membolehkan saluran dilakukan dengan cepat.

”Perkesa melihat wujudnya kebimbangan dalam kalangan M40 yang merasakan bahawa mereka ini tidak mendapat apa-apa di bawah Pemerkasa+. Golongan M40 juga terjejas jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ini berlanjutan untuk beberapa bulan akan datang,” kata Presiden Perkesa, Datuk G.Kumaar Aamaan


Oleh itu, pihaknya berharap kerajaan akan mengambil berat kerisauan golongan M40 ini dengan memberi jaminan bahawa kerajaan akan sentiasa memantau situasi dari masa ke semasa dan turut memberi bantuan jika mereka berada dalam keadaan memerlukan.

Perkesa turut mencadangkan moratorium wajar dilaksanakan sekali lagi untuk rakyat yang terjejas.

”Kerajaan harus mempertimbangkan pemberian moratorium untuk satu tempoh yang munasabah sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini. Bantuan ini akan membolehkan mereka yang terjejas dapat memulihkan keadaan kewangan masing-masing,” ujarnya. MG

M40 juga terjejas sepanjang PKP 3.0 perlukan bantuan – Perkesa


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Mana bantuan untuk M40 hadapi PKP, Najib soal Putrajaya


Sebaran :

Leave a Reply