MP Jeli sokong Anwar, makin hari makin ramai

MP Jeli sokong Anwar, makin hari makin ramai

Tidak sampai 24 jam Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dari Perikatan Nasional (PN) mengisytiharkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini Ahli Parlimen Jeli pula tampil berbuat sedemikian.

Zahari Kechik berkata, sokongan terhadap Perdana Menteri itu berkuat kuasa hari ini.



“Selepas meneliti, memperhalusi dan mempertimbangkan dengan sehabis baik tentang permasalahan yang dihadapi rakyat terkini mengenai kos sara hidup, himpitan mengenai keperluan asas yang perlu dipertingkatkan dan pembangunan yang mesti diteruskan dalam kawasan Parlimen Jeli, maka saya sebagai Ahli Parlimen Jeli dengan ini mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Anwar.

“Saya sedar rakyat mesti diutamakan dan pembangunan mesti diteruskan tanpa sebarang kompromi.

“Dalam alaf yang serba mencabar ini selaku Ahli Parlimen, saya harus memberi khidmat yang terbaik buat rakyat dalam Parlimen Jeli,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau bagaimanapun tetap akan taat, setia dan kekal sebagai ahli BERSATU.



“Saya bersedia berdepan dan menerima risiko tindakan disiplin parti demi memastikan pengundi dan rakyat dalam Parlimen Jeli tidak menjadi mangsa keadaan dan tidak ketinggalan menerima semua bentuk pembangunan dan bantuan daripada Kerajaan Pusat.

“Maka dengan ini saya juga mengisytiharkan untuk menyokong sebarang dasar-dasar dan inisiatif yang kerajaan lakukan dalam memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat. Sokongan saya ini berterusan hingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang seterusnya,” katanya.

Jelasnya, pengisytiharan sokongan kepada Perdana Menteri itu dibuat tanpa apa-apa paksaan, pengaruh dan tekanan dari mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan beliau sendiri demi rakyat.

“Moga Allah S.W.T akan memberkati dan kepada Allah saya berserah,” katanya.



Terdahulu, Mohd Azizi mengisytiharkan untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang terbela dan akan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur sebagaimana yang dimohon untuk Parlimen berkenaan dalam tempoh perkhidmatannya. BH

MP Jeli sokong Anwar, makin hari makin ramai

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta



Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker