2 polis cedera tahan warga Sri Lanka mabuk, ceroboh rumah

2 polis cedera tahan warga Sri Lanka mabuk, ceroboh rumah

Klang: Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan seorang lelaki warga Sri Lanka yang menceroboh sebuah rumah di Batu 4, Jalan Kapar dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki memaklumkan rumahnya dimasuki individu tidak dikenali.



Beliau berkata, dua anggota berusia 50-an dan 30-an dari Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan ke rumah berkenaan melakukan penyiasatan dan melihat seorang lelaki di rumah itu.

“Ketika cubaan menahan suspek, lelaki itu bertindak agresif dan menyerang polis dengan menggunakan batu.

“Susulan itu, seorang daripada anggota lebam di kepala manakala seorang lagi menerima enam jahitan di kepala akibat pergelutan ketika menjalankan tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, lelaki warga Sri Lanka berusia 36 tahun itu ditahan dan dipercayai menceroboh rumah berkenaan dalam keadaan mabuk.



“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun sama,” katanya. HM

2 polis cedera tahan warga Sri Lanka mabuk, ceroboh rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional

Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)



Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker