KPN nafi hubungi Anwar

#PRU15

KPN nafi hubungi Anwar

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, menafikan dakwaan beliau menghubungi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Jumaat.

Ia susulan dakwaan Anwar menyatakan Pakatan Harapan (PH) dirasakan mampu memenangi 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Ketua Polis Negara sudah menghubungi dan memintanya untuk bersedia.



Acryl Sani berkata, dakwaan berkenaan tidak benar.

“Saya tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan berhubung ucapannya yang menyebut Ketua Polis Negara menghubunginya.

“Mungkin beliau (Anwar) tersilap kata dalam keghairahan berceramah dan berkempen,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak pada Sabtu.

Sebelum itu, tular satu video ucapan Anwar, ketika berkempen menyatakan Ketua Polis Negara memintanya bersedia yang berkemungkinan bakal membentuk kerajaan selepas PH dijangka memperoleh 112 kerusi Parlimen dalam PRU15. Sinar



KPN nafi hubungi Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker