Nabila Razali dijangkiti COVID-19 kali kedua

Nabila Razali dijangkiti COVID-19 kali kedua

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, 29, mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19 sekali lagi.

Melalui hantaran Instagram (IG), Nabila atau nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali memaklumkan dirinya positif selepas membuat ujian saringan.



“Assalamualaikum, dukacitanya saya ingin maklumkan bahawa saya dijangkiti virus COVID-19 buat kali yang kedua (ya kali kedua),” katanya.

Nabila bagaimanapun tidak mendedahkan butiran dan tarikh jangkitan pertamanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Peuang Kedua ini memohon maaf maaf kepada mana-mana pihak yang menerima impak daripada situasi dihadapinya.

“Banyak kerja terpaksa saya tangguh atau batal untuk 10 hari mendatang.



“Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini.

“Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. COVID-19 itu masih wujud di luar sana. Jaga keselamatan.. Wassalam,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai pengikut dan rakan selebriti mendoakan Nabila segera sembuh. BH

Nabila Razali dijangkiti COVID-19 kali kedua




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Keluarga Pelakon Ezzaty Abdullah Ada Dalam Kereta Api Terbakar Di Kelantan, Dukung Nenek Sekali



Lelaki cedera dibelasah kekasih gelap isteri

Wanita dihimpit lelaki tunjuk kemaluan ketika menunggang motosikal [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker