Pemandu lori ditahan rosakkan patung di tokong

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki merosakkan patung di sebuah tokong di Kampung Koh di Manjung, Perak semalam.

Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah berkata, suspek lelaki berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan di Taiping, pada 9.30 malam tadi.

Katanya, polis menerima aduan dari seorang lelaki berhubung rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang suspek merosakkan peralatan tokong pada hari yang sama.



“Kami menahan suspek di tempat kerjanya dan merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk merakamkan video kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Nordin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan yang boleh dihukum dengan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman bagi membantu siasatan lanjut.



Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum) dan membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker