Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal

Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kekal mendesak kerajaan supaya mengehadkan jualan beras tempatan hanya kepada rakyat Malaysia.

Ia sekali gus menempelak tuduhan Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) yang mendakwa cadangan berkenaan sebagai tidak masuk akal dan tidak berperikemanusiaan kepada warga asing.



“Tidak berperikemanusiaan, katanya. Lagi tak berperikemanusiaan apabila mengenangkan rakyat Malaysia hanya mampu tengok warga asing membeli beras tempatan yang disubsidi oleh kerajaan.

“Bila beras (tempatan) dah cukup (untuk rakyat Malaysia) dan ada lebihan, berilah (kepada) siapa nak beli. (Sekarang) ini isu beras tempatan (masih) tak cukup lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Muhamad Akmal yang juga EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, meminta Presiden CASSA, Datuk Seri Dr Jacob George supaya turun padang dan melihat sendiri kesulitan rakyat tempatan untuk mendapatkan beras bersubsidi.

“Mohon Datuk (Seri) turun ke bawah dan lihat sendiri, bukan hanya duduk kat rumah sambil makan beras import,” katanya.



George dalam kenyataannya hari ini, dilaporkan berkata, gesaan beberapa pemimpin politik supaya pembelian beras tempatan dihadkan hanya kepada rakyat Malaysia dianggap tidak masuk akal kerana langkah sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara.

Katanya lagi, cadangan itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan kepada warga asing yang menetap di sini, malah tindakan jangka pendek yang hanya menyusahkan kerajaan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, baru-baru ini, dilaporkan berkata, kerajaan tidak bercadang melarang penjualan beras putih tempatan kepada warga asing di negara ini. BH

Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah



Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?



Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker