Helikopter Hilang: Radar Kesan Kehilangan Altitud Mendadak – CAAM

Helikopter Hilang: Radar Kesan Kehilangan Altitud Mendadak – CAAM

Helikopter dikendalikan seorang juruterbang yang hilang di kawasan hutan di Bidor hari ini telah merekodkan kehilangan altitud secara mendadak sebelum gagal dihubungi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo berkata, sistem radar di KLATCC telah merekodkan pergerakan helikopter berkenaan sebelum hilang jam 12.16 tengah hari.



“Sistem radar di KLATCC telah merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter terbabit.

“Pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang (namun gagal), walau bagaimanapun tiada panggilan kecemasan dibuat oleh juruterbang itu.

“Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang dari satu minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KLARCC) di KLATCC segera diaktifkan untuk menentukan lokasi helikopter itu.



Beliau berkata, helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini berada di lokasi terakhir yang diketahui untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Terdahulu, helikopter dengan seorang juruterbang itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada 11.37 pagi untuk penerbangan persendirian dan dijadualkan mendarat pada 12.37 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Jenis helikopter yang dikhuatiri hilang itu merupakan Eurocopter EC120B dengan pendaftaran N409HH yang dikendalikan oleh Heli Outpost Sdn Bhd. AA

Helikopter Hilang: Radar Kesan Kehilangan Altitud Mendadak – CAAM



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD



It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker