Tian Chua jawab Anwar

Tian Chua jawab Anwar

Bekas naib presiden PKR, Tian Chua menjelaskan beliau bukannya membantah tindakan parti memberi peluang kepada orang muda untuk berkhidmat, sebaliknya mempersoalkan kewajaran menggugurkan Ahli Parlimen mempunyai sokongan akar umbi yang kuat.

“Mereka yang digugurkan sudah lama berkhidmat kepada rakyat dan mempunyai sokongan kukuh akar umbi. Itulah alasan saya. Saya bukannya mengadu mengenai peluang yang diberikan kepada orang muda.



“Saya rasa ada yang mempersoalkan kewajaran menggugurkan mereka yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Itu yang dipersoalkan akar umbi,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Anwar Ibrahim terdahulu bahawa keputusan menggugurkan beberapa penyandang kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) perlu bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk bersinar.

Kenyataan Anwar itu bagi menjawab amaran Tian Chua semalam bahawa tindakan PKR menggugurkan beberapa Ahli Parlimen menjelang PRU15 boleh memberi kesan kepada parti itu.

Sebelum ini, Tian Chua dilaporkan berkata, ramai yang kecewa dengan keputusan itu dan “merombak Ahli Parlimen dan kerusi seperti permainan daun terup” boleh memberi kesan kepada akar umbi dan mengecewakan pengundi yang menyokong PKR serta Ahli Parlimen yang dipilih mereka.



Katanya, disebabkan parti tidak mempunyai masa mencukupi untuk membuat persediaan berdepan PRU15, muka lama penting untuk meraih kemenangan.

“Apa yang saya katakan tiada kena-mengena dengan tidak memberi golongan muda peluang. Ia juga tiada kaitan dengan menjadi pro-Azmin Ali. Dakwaan mereka yang digugurkan adalah pro-Azmin hanyalah andaian.

“Saya bercakap mengenai rombakan. Muka baharu yang dipilih perlu bekerja keras untuk mengekalkan sokongan akar umbi,” katanya. FMT

Tian Chua jawab Anwar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker