Zahid komen keputusan Najib. ‘Itu Keputusan Mahkamah’

Keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd perlu dihormati.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan majoriti 4-1 yang dibacakan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat itu adalah ketetapan yang dibuat panel hakim di mahkamah.

“Itu keputusan mahkamah,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita dalam Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Perak Tahun 2023 di Sekolah Izzudin Shah, di sini pada Jumaat.



Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Mahkamah Persekutuan pada Jumaat menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Susulan itu, keputusan yang dibuat 23 Ogos tahun lalu oleh panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengekalkan sabitan bersalah, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri itu, adalah kekal.

Najib, 69, kekal di Penjara Kajang dan pilihan terakhirnya untuk dibebaskan ialah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.



Beliau dilaporkan sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan tersebut pada 2 September 2022.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker