PAS lupa Muhyiddin pernah mahu ‘khemah besar’ – Zahid

#PRU15

PAS lupa Muhyiddin pernah mahu ‘khemah besar’ – Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan sama ada PAS terlupa bahawa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin juga pernah menyatakan hasrat kerjasama dalam khemah besar dengan Pakatan Harapan (PH).

“Namun hasrat tidak kesampaian kerana PH dan Gerakan Tanah Air masing-masing mempunyai agenda serta muslihat tersendiri.



“Jadi mengapa pimpinan Umno pula yang dituduh oleh pemimpin PAS mahu bekerjasama dengan PH? Ahli PAS bernasib baik muslihat pengerusi PN tidak kesampaian jika tidak tentu mereka telah pun kembali ke pangkuan DAP,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Zahid turut menasihatkan PAS supaya berhenti menjadi ‘kuda tunggangan’ Bersatu yang sedang memperalatkan jentera parti itu, sambil menambah Umno tidak pernah menyebut hasrat ‘khemah besar’ bersama PH.

“Konon pimpinan PAS dapat maklumat. Dari mana maklumat itu diperoleh? Adakah dari Bersatu?

“Atau dari satu dua ‘gunting dalam lipatan’ dalam Umno? Jika begitu kaedahnya tak ‘dapek’ Umno nak menolong,” tambahnya.



Beliau berkata, pimpinan PAS dilihat semakin tersasar daripada nilai politik budiman sejak bersama PN.

“Mungkin akibat terpengaruh dengan budaya politik tidak sihat dan curang sahabat baharu. Nampaknya hanya ahli akar umbi PAS yang dapat memperbaiki parti mereka daripada terus hanyut.

“Ahli akar umbi Pas teruslah bekerjasama memberi kemenangan kepada BN pada PRU15. Insya-Allah kemuafakatan itu akan memberi ‘domino effect’ memulihkan politik PAS yang kian tersasar,” katanya.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini dilaporkan mendakwa terdapat muslihat dalam Umno untuk membantu PH memenangi lebih banyak kerusi pada PRU15 bagi memudahkan Barisan Nasional dan PH membentuk kerajaan akan datang. FMT



PAS lupa Muhyiddin pernah mahu ‘khemah besar’ – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi diterbalik kerana mengejek,langgar penghantar makanan (Video)



“Are You F*ck….” – Tular Video Calon MUDA Kepala Batas Mencarut Ketika Berucap (Video)

Anak belasah ibu kerana tak kemas rumah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker