Syasya bertudung selepas tinggalkan Dolla?

Syasya bertudung selepas tinggalkan Dolla?

Penyanyi Syasya, 23, mencuri perhatian dengan imej terbarunya yang bertudung selepas berundur dari kumpulan Dolla, baru-baru ini.

Menerusi klip video pendek di TikTok yang dipercayai dimuat naik anggota keluarganya, Syasya atau nama sebenarnya, Syasya Afigah Shahrizal kelihatan cukup manis dan turut dipuji netizen.

“Cantiknya Syasya bertudung. Minat dan bakat itu kadang-kadang bukan sekadar anugerah tapi juga ujian.

“Alhamdulillah, moga istiqamah, ayunya. Harap Syasya kekal untuk beristiqamah. Ini penghijrahan yang bagus,” itu antara komen netizen.

Sehingga kini, belum ada penjelasan terperinci mengenai sebab utama Syasya meninggalkan Dolla. Dalam kenyataan Dolla terdahulu, ia atas alasan peribadi.

Keputusannya itu meranapkan impian ramai peminat yang masih berharap dia terus menganggotainya. Ada turut menyeru peminat hormat akan keputusannya.

Pada 8 April lalu, Dolla membuat pengumuman mengejut bahawa Syasya sudah berundur. Ia bagi meleraikan persoalan ketiadaan Syasya bersama kumpulan itu sebelum ini.

Walaupun ia keputusan berat, Dolla yang kini dianggotai Sabronzo, Tabby dan Angel masih menganggap Syasya sebagai adik dan akan terus memberikan sokongan terhadapnya. BH

Syasya bertudung selepas tinggalkan Dolla?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker