ATM bina jambatan Bailey di Baling – Hishammuddin


ATM bina jambatan Bailey di Baling – Hishammuddin

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan, jambatan yang menghubungkan antara Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi telah roboh susulan bencana banjir tersebut.

Hishammuddin berkata, beliau telah dihubungi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang memohon bantuan untuk membina jambatan tersebut.

Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk segera ke lokasi.



“Tinjauan udara menunjukkan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi roboh akibat banjir baru-baru ini.

“Menteri KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) Mahdzir hubungi saya semalam, mohon bantuan ATM untuk bina jambatan Bailey.

Baca artikel berkaitan: Jenazah tiga mangsa banjir di Baling selamat dikebumikan

“Saya telah arahkan RAJD segera ke lokasi untuk tinjauan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan secepat mungkin. Anggota-anggota RAJD dah turun pagi tadi,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.



Terdahulu, kejadian banjir dan fenomena kepala air melanda kawasan Baling kira-kira pada jam 4 petang Isnin lalu.

Seramai 1,400 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Banjir itu mengorbankan tiga nyawa sekeluarga termasuk seorang wanita hamil yang menjaga ibu mentuanya yang lumpuh.

Untuk rekod, tujuh rumah musnah dihanyutkan air manakala kira-kira 70 rumah rosak akibat bencana itu. Utv



ATM bina jambatan Bailey di Baling – Hishammuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi



Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker