Saudi tangkap 300 jemaah haji tanpa permit

Saudi tangkap 300 jemaah haji tanpa permit

MAKKAH: Pihak berkuasa Arab Saudi menahan dan mendeda hampir 300 orang kerana cuba melakukan haji tanpa permit, kata seorang pegawai hari ini, dalam pada negara itu bersedia menerima sejuta orang untuk ibadat tahunan itu.

Seramai 288 “rakyat dan penduduk” ditahan kerana melanggar peraturan haji, kata ketua keselamatan haji Leftenan Jeneral Mohammed al-Basami dalam sidang media yang disiarkan media kebangsaan.



Katanya, mereka didenda 10,000 riyal (sekitar RM11,800) setiap seorang.

Pegawai turut mengenakan sekatan di sekitar Makkah dan melarang hampir 100,000 yang menaiki lebih 69,000 kenderaan daripada memasuki bandar suci itu, katanya.

Sejuta orang, termasuk 850,000 dari luar negara, dibenarkan menjalani ibadat haji tahun ini selepas dua tahun wabak pandemik memaksa kawalan bilangan jemaah.

Sekurang-kurangnya 650,000 jemaah telah tiba dari luar negara setakat Ahad, kata pihak berkuasa. AFP



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Saudi tangkap 300 jemaah haji tanpa permit


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Aksi pelanggan restoran ‘peluk’ pekerja wanita disiasat

MB Perlis pengesahan lafaz cerai pada isteri 25 ogos



Berang dihon, pemandu potong barisan mengamuk, tunjuk isyarat lucah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker