Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’

Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’

Setelah dikecam teruk oleh netizen baru-baru ini, penyanyi Ning Baizura tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tidak prihatin dengan situasi di Gaza ekoran reaksi spontan bertanya “Siapa Rafah?” kepada pengikut dalam Instagram.

Ning atau nama sebenar, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 49, mendakwa tidak berniat mempersendakan situasi mahu pun tempat yang disebut sebagai Rafah.



Sebaliknya, kata Ning, kejadian itu berlaku ketika dia sedang sibuk melayan permintaan peminatnya untuk bawakan lagu yang mereka ingin dia nyanyikan.

“Memandangkan sekarang saya sedang viral, saya fikir, tidak patut hanya berdiam. Saya akui perlukan masa untuk berfikir mengenai apa yang berlaku. Niat saya pada sesi IG Live yang juga sesi karaoke bersama peminat pada hari itu, hanya mahu menghibur dan mengenali dengan lebih rapat peminat saya.

“Ramai meminta lagu dan memberi komen. Ketika saya membuat IG Live itu, sayalah penyanyi, sayalah moderator, saya pasang lampu dan menyusun banyak kerja lain.

“Jika anda ada peluang untuk tonton keseluruhan video itu, mungkin anda tahu apa yang berlaku. Saya ada kongsi video itu di IG saya. Anda boleh tengok sendiri apa yang sebenarnya terjadi.



“Ketika itu, ada suatu komen keluar. Saya beri reaksi sebegitu dan saya sebut ‘who’s that’ (siapa itu) bukan ‘what’s that’ (apa itu). Saya tidak bermaksud untuk mempersendakan situasi atau tempat,” katanya dalam hantaran IG, malam tadi.

Malah, dia mendedahkan dirinya dan rakan-rakan yang lain turut menyumbang kepada tabung Palestin namun tidak dihebahkan kepada umum.

“Saya fikir perkara kecil ini jadi viral tanpa tahu apa sebenarnya yang terjadi pada pihak saya. Sangat mudah untuk orang lain sunting dan potong video itu hingga viral.

“Saya tidak berniat sakiti sesiapa pun. Saya tahu apa yang sedang berlaku di Palestin dan saya juga sudah banyak menyumbang, tetapi apabila kita buat benda amal ini, tidak perlulah kita hendak war-warkan sangat.



“Benda itu semua datang dari hati. Saya ada lakukan sesuatu bersama Dee Jangan Ketawa, Ramadan lalu, sumbangan kepada tabung Gaza dan beberapa lagi bersama rakan-rakan ‘designer’.

“Jadi, saya di sini bukan nak menyatakan saya bantu sumbang kepada tabung Palestin, tetapi kita sebagai manusia, ada hak untuk melihat sesuatu perkara pada kedua-dua belah. Kita harus lihat dan selidik dahulu sebelum kita mengatakan benda yang tidak baik,” katanya.

Bagaimanapun, Ning berterima kasih kepada peminat yang memberi sokongan kepadanya, biarpun pada masa sama, ramai yang meninggalkan komen yang tidak sedap didengar.

“Segelintir peminat saya tampil bersuara. Terima kasih atas sokongan anda. Ada juga pengikut yang mengeluarkan macam-macam perkataan tidak baik dan tidak sedap untuk didengari ibu dan anak saya… Saya boleh katakan ia mengarut.



“Jadi, kalau ada pihak yang salah faham dan tidak menonton keseluruhan IG Live saya, ia hanyalah mengenai muzik saya, bakat dan tiada berkaitan langsung dengan apa yang berlaku di sekitar dunia.

“Disebabkan itu, saya fikir, kita tidak perlulah melatah terlalu awal dan menghukum seseorang atas sesuatu yang anda tidak tahu cerita sebenarnya. Bagaimanapun, terpulang untuk anda fikir apa, asalkan jangan tutup periuk nasi saya. Saya masih hendak cari kerja,” katanya.

Baru-baru ini, Ning dikecam netizen apabila didakwa tidak tahu situasi di Rafah. Kontroversi tercetus apabila Ning yang membuat siaran langsung di IG membaca komen pengikutnya yang menulis ‘All Eyes on Rafah’. Vc

Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker