Mayat wanita ditemui dalam kereta dihanyut arus deras

Mayat wanita ditemukan dalam kereta Perodua Myvi selepas mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras di Mersing malam tadi.

Mayat wanita ditemui dalam kereta dihanyut arus deras

MERSING: Mayat seorang wanita ditemukan dalam sebuah kereta Perodua Myvi malam tadi, dipercayai hanyut dibawa arus deras di Jalan Nitar Utama di sini, pagi semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor, Mohd Rizal Buang, berkata mayat wanita berkenaan ditemukan dalam kereta itu pada 10.19 malam, selepas keretanya ditemukan pada 6.55 petang.



Beliau berkata kereta berwarna kelabu milik mangsa berjaya dibawa keluar dengan menggunakan peralatan “vehicle rockery system”, yang mengambil masa kira-kira 40 minit berikutan berdepan kesukaran akibat pokok-pokok yang menghalang.

“Kita berjaya menemukan mangsa setelah kereta berkenaan dibawa naik sebelum menyerahkannya kepada pihak polis pada 10.22 malam untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Terdahulu, kereta mangsa ditemui oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam keadaan terbalik pada jarak 15 meter daripada lokasi dia dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Mersing, Abdul Razak Abdullah Sani mengesahkan penemuan mayat wanita itu, yang dipercayai pemandu Perodua Myvi yang dilaporkan hilang.



“Mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Mersing untuk proses bedah siasat dan pengecaman oleh ahli keluarga. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan berasingan, malam tadi.

Pada kejadian kira-kira 6.49 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang dan memandu di jalan raya yang telah dinaiki air sebelum dihanyutkan arus bersama-sama kereta yang dipandu Nya. FMT

Mayat wanita ditemui dalam kereta dihanyut arus deras

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor

Rasa Macam Nak Bagi Penampar, Awie Naik Angin



Tetamu tidak hadir majlis perkahwinan, Pengantin rugi RM121,000



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker