Farid Kamil tawar RM300,000 kepada Diana

Farid Kamil tawar RM300,000 kepada Diana

SHAH ALAM: Pelakon Farid Kamil, 42, mengemukakan tawaran perdamaian terhadap isteri, Diana Danielle, 32, membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.

Tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua anak mereka, iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.



Farid atau nama sebenar, Farid Kamil Zahari menawarkan sebuah kenderaan MPV, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran tiket umrah kepada Diana.

“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati pada Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac sehingga Jun 2023 bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah sudah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.

“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak



RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya dalam kenyataan diedar pengurus Farid kepada media ketika prosiding sulh masih berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.

Ketika ini, Farid masih dalam prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, sejak jam 11.45 pagi tadi.

Bagaimanapun, Diana dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir tidak hadir ke prosiding itu.

Pada 10 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini.



Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya.

Diana melantik pengurus bagi mewakili dirinya, manakala Farid pula melantik kakaknya.



Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. BH

Farid Kamil tawar RM300,000 kepada Diana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan



Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker