Kemalangan Maut Penuntut USAS: Jenazah Muhammad Nabil Haikal Selamat Disemadikan

Kemalangan Maut Penuntut USAS: Jenazah Muhammad Nabil Haikal Selamat Disemadikan

NILAI: Jenazah seorang lagi mahasiswa Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan kira-kira jam 9 pagi tadi selepas selesai disolatkan sekali lagi di kediaman keluarganya di Kampung Sungai Mahang, Nilai.



Allahyarham yang tinggal di Selayang, Selangor dikebumikan di tanah perkuburan yang merupakan kampung halaman bapanya Muhammad Fariz Amat Jusak, 49.

Jenazah Muhammad Nabil Haikal sebelum itu tiba dari Masjid Raja Permaisuri Nainun, USAS, Kuala Kangsar kira-kira jam 3.30 pagi tadi.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan yang dihadiri kira-kira 100 penduduk termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan Allahyarham.

Muhammad Nabil adalah antara mangsa rentung dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini, awal pagi Khamis.



Selain Muhammad Nabil, empat mangsa lain yang menjadi korban ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20; serta Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21.

Al-Fatihah

Kemalangan Maut Penuntut USAS: Jenazah Muhammad Nabil Haikal Selamat Disemadikan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker