Sanusi lupa lapan lagi pemimpin Bersatu akan sokong PMX

Sanusi lupa lapan lagi pemimpin Bersatu akan sokong PMX

DATUK Seri Muhammad Sanusi Md Nor perlu melupakan hasrat dan impian untuk menubuhkan kerajaan ‘mi segera’.

Demikian nasihat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zarkashi terhadap Menteri Besar Kedah itu.



Hal itu menurut Mohd Puad kerana kira-kira lapan lagi ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan dalam sidang Parlimen bulan ini.

Katanya, perkara tersebut telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Bukit Gangang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal kelmarin.

“Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz mendedahkan tujuh hingga lapan lagi MP Bersatu akan sokong Anwar disidang parlimen Febuari nanti.

“Dakwaan Syed Abu Hussie diyakini benar. Sebelum itu semasa bertemu kawan kawan rapatnya, beliau maklum akan umum sokong Anwar di hari terakhir penggulungan Belanjawan 2024,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.



Kelmarin, Syed Abu Hussin Hafiz mendakwa sekurang-kurangnya lapan Ahli Parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Anwar selaku Perdana Menteri.

Beliau berkata, ahli Parlimen terbabit dijangka mengisytiharkan sokongan berkenaan pada sidang Parlimen akan datang.

Sebelum ini, Syed Abu Hussin menjadi wakil rakyat pembangkang kelima menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri selepas Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Melihat kepada kenyataan Syed Abu Hussin Hafiz, Mohd Puad berkata, beliau yakin bahawa dakwaan itu bukan rekaan.



“Cerita tujuh hingga lapan ahli Parlimen Bersatu akan ikut jejak lima yang lain diyakini bukan rekaan. Tujuh nama yang beliau sebut di majlis tertutup itu memang munasabah

“Elok Sanusi lupakan hasrat untuk tubuh kerajaan ‘mi segera’. Ikut saja cakap Presiden Pas, Tan Sri Abdu Hadi Awang iaitu Pas sanggup tunggu hingga Pilihan Raya Umum ke-16(PRU16),” katanya. Utv

Sanusi lupa lapan lagi pemimpin Bersatu akan sokong PMX

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan



Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker