Ibu terkejut, anak kecil hayun ular
Ibu terkejut, anak kecil hayun ular

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila melihat anak lelakinya memegang seekor anak ular dan menghayunnya seperti mainan, lapor portal berita SWNS.
Kejadian berlaku di rumah mereka di wilayah Pathum Thani, baru-baru ini.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsi di media sosial menunjukkan si ibu berehat seketika dan melayari telefon pintar selepas melipat pakaian.
Semasa menggunakan telefon, anaknya yang duduk berhampiran tiba-tiba mengambil seekor anak ular dan memusingkannya berulang kali.
Wanita itu menjerit ketakutan lantaran menyedari anaknya memegang ular hidup.
Dia bangkit dan mendukung anaknya yang spontan melepaskan anak ular tersebut. Reptilia itu kemudian bersembunyi di bawah longgokan mainan. Keselamatan rumah
Wanita itu kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk menangkap anak ular tersebut.
Anak ular itu dipercayai menyusur masuk melalui celah pintu rumah, manakala kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. – AGENSI
Ibu terkejut, anak kecil hayun ular
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Lebih Bersedia, PH Masih Gagal Kemuka Manifesto PRN Johor – Gulam Muszaffar
- Rakyat Johor Akan Nilai Rekod, Bukan Retorik Politik – Calon BN Semerah
- Lawan Tetap Lawan, Lassim Beri Jaminan Di Sri Gading
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kempen Berhemah BN Tonjol Komitmen, Bukan Serangan Peribadi – Wan Rosdy
You must be logged in to post a comment.