Projek LCS: Fokus siapkan kapal dengan wang berbaki – Rafizi

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli membidas pihak yang mempersoalkan pendiriannya berhubung isu skandal projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau sudah pun selesai melakukan pendedahan berkenaan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam projek tersebut dan susulan daripada itu, ada pihak telah didakwa manakala terdapat siasatan yang masih berjalan.

“Fokus sekarang siapkan dua hingga tiga LCS dengan wang berbaki,” katanya yang juga Menteri Ekonomi menerusi satu ciapan ringkas di Twitternya pada Khamis.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai membalas ciapan seorang pengguna Twitter yang mempersoalkan status pendedahannya berkenaan skandal projek pembinaan kapal terbabit.

Media sebelum ini, melaporkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan kerajaan telah membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Laporan dikeluarkan pada 4 Ogos lalu turut menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam LCS bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM9 bilion.

Susulan itu, Rafizi pada pertengahan Ogos lalu mula membuat beberapa siri pendedahan mendakwa berlakunya keraguan membabitkan beberapa syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 10 Disember lalu berkata, kerajaan akan tetap meneruskan pembinaan LCS yang menurutnya merupakan aset strategik bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau akan menerima taklimat berhubung projek tersebut Dan seterusnya melakukan penelitian bagi memastikan kapal terbabit dibina dan disiapkan dalam keadaan terbaik.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjelaskan fasa mobilisasi projek LCS selama enam bulan bermula Jun 2022 menunjukkan perkembangan positif dan berjalan lancar selari dengan syor oleh beberapa pihak berkepentingan.

Beliau sebelum itu pada 8 Ogos lalu berkata, kapal pertama daripada enam unit LCS diharap dapat disiapkan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi untuk diserahkan kepada TLDM.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker