Dakwaan Taib dibawa lari keluar hospital, polis mulakan siasatan

Dakwaan Taib dibawa lari keluar hospital, polis mulakan siasatan

Polis hari ini mengesahkan menerima laporan bahawa bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa telah diculik dari hospital oleh seorang ahli keluarganya.

Menurut laporan polis yang dibuat pada Ahad lalu, Taib dilaporkan ketika itu, sedang dirawat di unit rawatan rapi Pusat Pakar Perubatan Normah di Kuching.

Laporan itu mendakwa lewat malam Sabtu, seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

Taib kemudian diletakkan di atas sebuah kerusi roda dan diusung keluar dari hospital dan dibawa menaiki sebuah kenderaan.

Laporan polis kedua oleh ahli keluarga Taib yang lain dilaporkan telah dibuat pada Ahad berdasarkan laporan pertama.

Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata dalam satu kenyataan memaklumkan kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

“Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi.

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iatu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya. Mk

Dakwaan Taib dibawa lari keluar hospital, polis mulakan siasatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Benarkah Fatiya Latiff dibuang keluarga?

Rafizi dan Tony adalah kembar “Raja Formula Temberang”

Tengku Zafrul bidas Isham, tak tahu jangan pandai komen

Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker