Ringgit susut ke 4.673 paras terendah 8 bulan

Ringgit susut ke 4.673 paras terendah 8 bulan

Ringgit memulakan dagangan pagi ini rendah berbanding dolar AS selepas mata wang AS terus mengukuh berikutan data ekonomi yang menggalakkan, kata seorang pakar ekonomi.

Pada jam 10.30 pagi unit tempatan menyusut nilai kepada 4.673 iaitu paras terendahnya sejak 11 November 2022.



Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz yang dipetik Bernama berkata, pergerakan menaik dolar AS didorong oleh data Jualan Rumah Sedia Ada Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

“Laporan itu membantu mengukur kekuatan pasaran perumahan AS dan merupakan penunjuk utama kekuatan ekonomi keseluruhan selain bacaan kukuh itu turut membantu meningkatkan lagi dolar,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bank pusat utama di seluruh dunia meneruskan pendirian mereka terhadap kenaikan kadar faedah untuk meredakan inflasi.

“Kami percaya trajektori menurun boleh dijangkakan bagi ringgit berbanding dolar AS sepanjang hari,” katanya.



Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan agak tinggi berbanding pound Britain kepada 5.9439/9490 daripada 5.9496/9567 pada penutupan semalam, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2588/2618 daripada 3.2776/2817 dan mengukuh berbanding euro kepada 5.1083/1127 daripada 5.1182/1243 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean yang lain.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4677/4709 daripada 3.4697/4740 pada penutup Khamis tetapi merosot berbanding baht Thai kepada 13.2796/2978 daripada 13.2720/2934 semalam.



Mata wang tempatan turut lemah berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.40 daripada 8.36/8.38 sebelumnya dan rendah berbanding rupiah Indonesia pada 312.0/312.5 daripada 311.3/311.9 sebelumnya. BH

Ringgit susut ke 4.673 paras terendah 8 bulan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker