Pemimpin PN bankrap idea, terus mainkan isu 3R, fitnah dalam PRN

Pemimpin PN bankrap idea, terus mainkan isu 3R, fitnah dalam PRN

Pemimpin Perikatan Nasional (PN) didakwa bankrap idea untuk berhujah tentang dasar dan ekonomi negara.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff berkata, PN akan terus memainkan isu 3R iaitu agama (religion), raja (royalty) dan kaum (race) dalam pilihan raya negeri (PRN).



Menurut beliau, jika tidak memainkan isu 3R gabungan itu akan menggunakan fitnah.

“Fitnah berleluasa dalam kalangan PN. Misalnya, kelmarin wakil rakyat Pas mereka cerita kononnya Yang Berhormat Teresa Kok telah dilantik sebagai Pengerusi Felda.

“Untuk apa cerita ini direka jika bukan untuk membangkitkan sentimen kemarahan orang Melayu kepada PMX?

“Di Parlimen pula, Ahli Parlimen Jasin secara emosi menuduh menteri dalam negeri memfitnah dan anti-Islam tanpa satu pun hujah yang boleh diterima akal,” kata Agus.



Beliau mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menepis kebimbangan gabungan itu akan menggunakan isu berkaitan agama, raja dan kaum ketika kempen PRN akan datang.

Agus mendakwa, kandungan media sosial penyokong PN amat menyedihkan kerana penuh dengan dakwaan jelik seperti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa agenda hendak Kristiankan Malaysia, pro liberal, LGBT, komunis dan undi Pakatan Harapan serta Barisan Nasional masuk neraka.

Beliau yakin PN akan terus mengeksplotasi isu 3R dan fitnah kerana gabungan itu tidak mempunyai sebarang pencapaian yang membanggakan ketika menjadi kerajaan selama 33 bulan yang boleh dikongsi dengan rakyat.

“Isu RUU 355 dan isu Adib pun gagal dibela semasa menjadi kerajaan. Yang ada ialah bilangan menteri yang ramai termasuk duta khas, rakyat mengibar bendera putih, rakyat terjun jambatan, parlimen digantung, dan rakyat dibenarkan mengeluarkan wang simpanan KWSP.



“Mereka tidak sedar dengan pengeluaran KWSP tersebut, inflasi meningkat disebabkan oleh sudden increase in spending power,” kata Agus.

Tambah beliau, PN gagal menjadi kerajaan dan juga sebagai pembangkang yang berfungsi sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran negera.

Kebanyakan isu yang dibahas PN hanya melibatkan seks, konsert, pakaian kerja dan isu perkauman selain mencari kesalahan dan kelemahan kerajaan perpaduan.

“Hendak menilai hebat atau tidak pemimpin PN khususnya Pas, lihatlah pencapaian Pas memerintah Kelantan selama 33 tahun. Kelantan mundur dari segi pembangunan infrastrukturnya.



“Tentu sahaja hujah Pas ialah kerana kerajaan pusat mendiskriminasikan Kelantan, royalti minyak disekat dan lain-lain alasan yang langsung tidak menyentuh tentang tadbir urus Pas yang lemah,” kata beliau.

Serentak itu beliau mengajak pengundi untuk bersatu memilih pemimpin yang dapat membawa kestabilan politik, pembanterasan rasuah, dan pertumbuhan ekonomi negara. MG

Pemimpin PN bankrap idea, terus mainkan isu 3R, fitnah dalam PRN

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kejatuhan nilai ringgit, Menteri Ekonomi buat apa?

Ella Didakwa Buat Simbol Iluminati Sewaktu Konsertnya



“Dah Cerai Lagi Teruk Perangai”- Bekas Menantu Zainal Abidin

Janna Nick seronok Dini suka kemas katil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker