Pekerja pendawaian ditahan rakam video punggung wanita

SUNGAI PETANI -Seorang pekerja pendawaian ditahan polis kerana didakwa merakam video punggung pelanggan wanita di sebuah pasar raya di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang merupakan mangsa pertama berusia 28 tahun pada jam 9 malam.

Menurutnya, mangsa mendakwa terdapat seorang lelaki yang memerhati dan merakamkan gambarnya dari arah belakang ketika dia sedang memilih barangan.



“Dia kemudian memberitahu suaminya dan mereka mendapati lelaki itu turut merakam gambar punggung beberapa pelanggan wanita lain.

“Suspek kemudian bertindak menyelak kain seorang wanita menggunakan kakinya, lalu mangsa mendekati suspek dan merampas telefon bimbit terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa melihat beberapa video yang berjaya dirakam suspek dan lelaki terbabit mengaku turut merakam gambar mangsa tetapi telah memadamnya.

“Mangsa segera melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak pengurusan pasar raya dan suaminya turut menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



Tambah Adzli, pihak polis juga menerima laporan daripada mangsa kedua yang merupakan seorang suri rumah berusia 39 tahun berhubung kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati suspek tiada rekod jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK),” katanya.-HM

Picit punggung undang fitnah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker