“Encik Sajat Nak Murtad Kenapa Salahkan Orang Lain?” ‘Perbuatan Sajat Persendakan Agama, Dosa Besar!’-PU Syed

Nampaknya isu usahawan kosmetik Sajat masih belum reda lagi, apabila tular mengenai videonya didakwa seolah mahu keluar dari agama Islam.

Dalam isu ini, Sajat memang benar-benar sedang mempermainkan agama dan mempersendakannya,”.

Demikian reaksi Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed ketika mengulas kenyataan usahawan kosmetik terbabit yang melahirkan hasrat untuk murtad dan keluar dari agama Islam.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Syed memepersoalkan Sajat yang seolah-olah menyalahkan pihak lain yang seolah menjadi punca dia berbuat demikian.

Kata PU Syed lagi, Sajat tidak sepatutnya meyalahkan mana-mana pihak tetapi sebaliknya perlu memperbetulkan dirinya terlebih dahulu yang semakin hanyut dengan kemewahan dunia.

Sajat nak murtad salah siapa? Adakah salah penguatkuasa yang mengambil tindakan terhadapnya atau nak salahkan netizen yang mengecam akan perbuatannya yang melampau dan salah di media sosial?

“Ambe (saya) rasa Sajat kena salahkan diri sendiri yang semakin hari semakin hanyut dengan kemewahan yang dimiliki serta dunia khayalan ciptaannya yang telah menipu daya dirinya.”

PU Syed yang dihubungi berkata, perbuatan ini adalah dosa yang nyata yang sedang Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman lakukan.

Ujarnya lagi, murtad bukan jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut tetapi Sajat perlu kembali ke fitrah asal serta bertaubat kepada Allah

“Bahkan Allah SWT menyuruh menjauhkan diri dari golongan yang suka mempersendakan agama menerusi firmannya dalam Surah al-An’am; 70 yang berbunyi: “Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia”.

“Perbuatan mempersendakan agama adalah dosa besar bahkan telah dijanjikan oleh Allah SWT bagi mereka azab yang amat perit.

“Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya),” katanya.

Menurutnya, Sajat masih belum terlambat untuk bertaubat dan belajar untuk menginsafi kesilapan diri.

“Saya menasihatkan agar Sajat  perlu melafazkan syahadah semula serta beristighfar kepada Allah SWT supaya dosa yang dilakukan diampunkan.

“Ia bertepatan dengan hadis yang memerintahkan kita agar sentiasa memperbaharui keimanan.

“Rasulullah SAW pernah bersabda menerusi hadis riwayat Imam Ahmad yang berbunyi: “Perbaharuilah iman kamu”. Dikatakan: Wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami? Baginda menjawab: “Perbanyakkan mengucap La Ilaaha Illallah.”

“Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Pengampun, maka pohonlah keampunan atas dosa yang telah dilakukan dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh.

“Saya petik firman Allah SWT menerusi Surah al-Zumar; ayat 53 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani,” katanya.

Menyentuh ungkapan Sajat yang boleh meletakkan dirinya sebagai murtad, PU Syed berkata, para ulama berbeza pendapat dalam menentukan status murtad bagi mereka yang mengungkapkan kata kufur secara sengaja.

“Imam al-Zarkasyi dalam rujukan al-Mansur fi al-Qawaid Fiqh Syafie menyatakan bahawa, “Sesiapa yang berkata perkataan yang membawa kepada kufur secara sengaja tanpa niat untuk kufur maka beliau dikira murtad,” katanya.-RK/HM

Antara Artis Yang Rela Pilih Jadi Murtad Demi Cinta!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker