Vaksin AstraZeneca dan Sinovac Lulus tetapi ‘BERSYARAT’

Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) hari ini memberikan kelulusan bagi pendaftaran bersyarat untuk vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh firma Britain AstraZeneca dan firma China Sinovac.

“Pendaftaran secara bersyarat ini memerlukan syarikat pemegang pendaftaran untuk mengemukakan analisis data-data tambahan dan terkini secara rolling submission untuk dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Ia bagi memastikan keberkesanan dan keselamatan vaksin sentiasa dikemaskini dan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini.

Kelulusan ini bermakna Malaysia kini mempunyai tiga vaksin untuk menangani wabak tersebut.

Vaksin satu lagi ialah Pfizer-BioNTech yang telah dilancarkan untuk memvaksinasi petugas barisan depan di seluruh negara mulai 26 Februari lalu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker