2,417 kes baharu Covid-19, lima kematian direkodkan

SHAH ALAM – Sebanyak 2,417 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada Isnin sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 4,598,391 kes.

Menurut portal CovidNow, sebanyak lima kematian direkodkan dengan dua daripadanya adalah kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini seramai 35,816 orang.



Dalam pada itu, sebanyak 35,758 kes aktif dengan 34,526 atau 96.6 peratus individu dikuarantin di rumah manakala 20 individu ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala, 1,164 dimasukkan ke hospital, 23 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 




Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]



Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker