Najib dedahkan PH jual tapak lapangan terbang baharu Ipoh sebelum sempat dibina

PETALING JAYA: Najib Razak mempertahankan kenyataan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad yang mendedahkan bahawa tanah tapak lapangan terbang baharu Ipoh di Seri Iskandar telah dijual ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) antara 2018 hingga 2019.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pengumuman pembinaan lapangan terbang baharu itu diumumkan sendiri olehnya sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan Seri Iskandar dikenal pasti sebagai lokasi baharu pembinaan lapangan terbang berkenaan.

“Tapak tanah bagi pembinaan lapangan terbang baharu Ipoh pun dirizabkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak oleh kerajaan negeri BN dahulu.



“Namun MB Perak ketika ini dedahkan bahawa tapak tanah tersebut telah dijual ketika pemerintahan kerajaan PH antara tahun 2018 hingga 2019,” katanya di Facebook.

Ia susulan kenyataan dibuat Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi bahawa isu penjualan tanah lapangan terbang di Seri Iskandar, Ipoh, Perak, adalah di luar pengetahuan mereka ketika bawah pentadbiran gabungan itu.

Asmuni berkata, ketika menjadi Exco kerajaan PH ketika itu, penjualan tanah tersebut tidak pernah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat Exco untuk diluluskan.

Bagaimanapun, Najib berkata Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming juga mendakwa tidak tahu tanah itu telah dijual masa mereka memerintah.

“…dan dakwa ianya “tindakan tidak bertanggungjawab individu-individu tertentu”.



“Lawak. Warga Perak bukan sahaja tak dapat lapangan terbang baharu yang dinanti-nantikan seperti diumum dan dijanji kerajaan BN dahulu jika menang PRU14 malah tapaknya turut dijual masa PH,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong

Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun



Laptop Tak Mampu Beli, Tapi Pakai iPhone – Rani Kulup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker