Akar umbi PKR tak puas hati dengan Muda

Akar umbi PKR tak puas hati dengan Muda

Akar umbi PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan keputusan Muda bertanding di Larkin menentang calon parti Dr Zamil Najwah Arbain, dan mereka dijangka tidak akan memberikan sokongan kepada Muda di enam kerusi yang ditandingi.

Pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh berkata akar umbi parti itu sebahagian besarnya kecewa dengan pengumuman mengejut Muda bahawa ia akan meletakkan ketua penerangan Johor Rasid Abu Bakar di Larkin, selepas gagal dalam rundingan awal.



“Kami tidak akan membantu Muda sebagai tanda protes, tapi akhirnya terpulang kepada ahli akar umbi kami,” kata Fuziah ketika ditemui di pusat operasi PKR Pasir Raja di mana dia hadir bersama calon parti Mohd Fakharuddin Moslim.

“Apabila Muda membuat keputusan untuk ‘clash’ (bertembung) di Larkin, mereka tidak menunjukkan semangat kerjasama.

“Tapi PKR adalah parti yang matang dan kami berfikir menjangkaui Muda, kami fikir untuk rakyat,” kata Fuziah.

Melalui rundingan, Muda telah diperuntukkan enam kerusi – empat daripada Amanah dan dua daripada DAP – manakala permintaan parti itu untuk meletakkan calon di tiga kerusi PKR gagal.



Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh semalam berkata PKR memutuskan untuk tidak bertindak balas terhadap Muda kerana menghormati persetujuan DAP dan Amanah, walaupun desakan dari akar umbi untuk meletakkan calon di Puteri Wangsa.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata jenteranya akan menyokong rakan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) di mana-mana kerusi yang bertembung yang tidak diperuntukkan kepada Muda.

Bagaimanapun, Khalid menggesa semua komponen PH termasuk PKR supaya menyokong calon Muda di empat kerusi yang asalnya diperuntukkan kepada Amanah.

Permohonan keahlian



Sementara itu, Fuziah turut menerima 30 borang keahlian PKR daripada Rosnah Suliman, iaitu bekas ahli Bersatu.

Dia berkata walaupun PKR telah berhenti mengemas kini daftar keahlian buat sementara waktu menjelang pemilihan parti yang dijadualkan diadakan pada April, borang keahlian fizikal masih akan diterima.

Turut hadir merupakan Ketua Bahagian PKR Tenggara Shamsuri Shahdan. Mk

Akar umbi PKR tak puas hati dengan Muda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19



Dakwaan petunjuk baharu MH370

Encik Sajat kini wanita sah di Australia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker